
Sulit
4 tahun
Bacaan Kencing manis
Saya lelaki berumur 49 tahun…saya nak tny doktor sqya tiada tanda2 kencing manis dan saya tidak berminat mkn manis2…tetapi saya cuba buata check gula dalam darah bacaan 6.3 masa puasa…nak tny adakaah saya ada tanda itu dan bacaan tu akan turun… terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan persoalan yang berlegar di fikiran anda.
Saya akan cuba membantu anda memahami gejala dan tanda pesakit kencing manis. Untuk makluman pihak anda, bacaan gula bagi pesakit kencing manis adalah >7 mmol/L untuk bacaan gula ketika puasa dan >11.1 mmol/L selepas 2 jam melakukan ujian OGTT ( oral glucose tolerance test ). Paras gula antara 6.1 dan 6.9mmol/l ketika berpuasa, atau antara 7.8 dan 11.1 mmol/l ketika tidak berpuasa memerlukan ujian oral glucose tolerance test (OGTT).
Berkenaan keterangan anda, bacaan gula darah ketika puasa anda 6.3, maka anda disarankan menjalani ujian oral glucose tolerance test (OGTT). Ia perlu dilakukan untuk pengesahan sama ada anda menghidap kencing manis atau tidak.
Nasihat saya, kekalkan pengambilan makanan yang seimbang dan kurangkan pengambilan gula. Tidak lupa juga, amalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam ringan sekurang-kurangnya 30 minit sehari dan tiga hari seminggu.
Anda memerlukan saringan penyakit kencing manis sekiranya anda mempunyai gejala seperti:
- Kerap kencing
- kehausan yang melampau
- penurunan berat badan
- kerap mengalami jangkitan kuman.
- keletihan
Sekiranya anda tiada gejala seperti di atas, saringan kencing manis perlu dilakukan jika anda mempunyai :
(i) berat badan berlebihan (BMI melebihi 23 kg/m2), atau
(ii) ukurlilit pinggang melebihi 80 cm untuk wanita dan 90 cm untuk lelaki,
serta mempunyai faktor di bawah :
- Hyperlipidaemia
- Tekanan darah tinggi (melebihi 140/90 atau menerima rawatan)
- Mempunyai sejarah penyakit jantung
- Mempunyai ahli keluarga yang menghidap DM
- Impaired glucose tolerant (IGT) atau impaired fasting glucose (IFG)
- Obesiti
- Tidak bersenam.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih