Sulit
5 tahun
Badan lemah dan susa okh bernafas
Saya pelajar berumur 14 tahun, saya mempunyai asma.
Pada hari bermulanya pkp saya berasa susah bernafas dan pada waktu malam gejala itu muncul lagi tetapi hidung saya akan tersumbat pada kiri atau kanan dan tidak berhingus. Kadang-kadang, saya bernafas dan pada bahagian dada agak sakit tetapi tidak terlalu sakit. Saya juga berasa lemah badan dan tidak bertenaga, kepala berasa sakit sedikit dan agak kurang tidur.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas yang anda alami berkemungkinan disebabkan oleh penyakit asma yang anda hadapi. Akan tetapi, masalah ini juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Selain itu, masalah sakit kepala dan tidak bertenaga anda mungkin berpunca dari kekurangan tidur anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.




































