
Sulit
4 tahun
Badan panas dan jantung laju
isteri saya berumur 25tahun dan belum penah mengadung , soalan saya , isteri saya setiap malam badan nya akan panas , siang hari akan rasa lesu serta perot seperti masuk angin . jantung nya kerap bedegung laju tanpa berbuat apa-apa serta period nya lambat . terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah badan panas juga boleh disebabkan oleh:
- sindrom premenstrual
- kehamilan
- masalah hormon tiroid berlebihan
- menopaus
- cuaca panas
Antara faktor jantung laju dan berdebar adalah:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah Anemia (kurang darah)
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Mengikut simptom yang anda berikan kemungkinan isteri anda mengalami masalah tiroid namun begitu melalui simptom tidak boleh memberikan diagnosis yang tepat dan sempurna. Ujian dan pemeriksaan fizikal perlu dilakukan sebelum boleh memberikan diagnosis.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah keterangan am dalam masalah yang anda hadapi. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.