
Sulit
3 tahun
Badan rasa lemah,kerap sendawa,rasa tidak selesa didada kiri
Hello doktor saya lelaki berumur 26tahun.sejak kebelakangan ini saya berasa badan saya tidak bersemangat/keletihan ,kerapa sendawa,pening kepala dan kurang selesa didada kiri…saya pernah berjumpa dengan doktar diklinik kerajaan dan telah membuat ecg jantung doktor berkata tiada apa apa masalah …apakah punca nya doktar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah ketidakselesaan dada, keletihan dan kerap sendawa yang dialami oleh anda dan perkara ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, antara punca lazim yang biasanya dikaitkan dengan gejala yang disebutkan oleh anda adalah:
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
- Tekanan darah rendah
- Anemia (kekurangan darah merah di dalam badan)
- Hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah)
Punca yang kami sebutkan di atas adalah punca lazim dan umum. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius. Maklumat lanjut mengenai gejala yang dialami adalah diperlukan dan pemeriksaan doktor juga perlu dilakukan untuk mengetahui punca sebenar.
Anda juga digalakkan untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.