
Sulit
4 tahun
Badan rasa panas tapi tak demam, mual sepanjang masa dan pening
saya lelaki berusia 26 tahun. saya berasa mual sepanjang masa, pening dan badan rasa panas tetapi suhu normal pada bacaan thermometer.
simtom lagi teruk setiap kali saya baring dan setiap kali bangun tidur. setiap kali bangun tidur saya perlu duduk selama satu jam lebih untuk mengurangkan sedikit rasa mual dan pening.
saya telah ke klinik beberapa kali dan doktor bagi ubat antibiotik tapi masih belum baik. dah buat ujian darah tapi result normal.
saya dah pergi ke hospital dan doktor suspek gastrik sahaja.
ini antara ubat yang sy dah makan.
Metronidazole, betaserc, augmentin, pulin, pantoprazole, dexilant, magnesium trisilicate.
saya dah mengalami benda ini selama sebulan, dan 2 hari sebelum saya mengalami benda ini saya baru sahaja baik dari keracunan makanan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah kerap pening dan mual boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot lower gastroesophageal spinchter longgar
- Masalah gastroesophageal reflux disease
- Tekanan darah rendah
- Anemia
- _ Benign positional vertigo_
- Migrain
- Masalah pernafasan semasa tidur- Sleep apnea
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.