
izzaturzubir
5 tahun
Badan saya kerap sejuk walaupun cuaca panas
Saya seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun…Tangan dan kaki saya selalu sejuk tak kira dimana sekalipun…saya mengalami simptom ini ketika berusia 13 tahun…Bila saya jemur badan saya di bawah matahari,suhu badan saya tidak naik seperti 37 celcius…suhu badan saya sejuk seperti berada di luar negara.apakah penyakit yang dialami saya doctor??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Penyakit hipotiroid
- Fenomena Raynaud - yang disebabkan oleh saluran darah mengecil diameternya ketika sejuk
- Anemia- kurang darah merah
- Anorexia nervosa
- Kurang berat badan
- SIstem saluran darah yang kurang baik
- Fisiologi normal
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti durasi gejala ini serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini