Sulit
5 tahun
Badan saya panas dan suhu seperti tidak biasa. Kadang kala rasa kurang selesa. Demam tapi tak demam. Selsema tiada tekak tidak selesa kerana saya isap vape
Badan saya panas2…saya berkerja di kawasan kes 26. Kl sentral. Tapi mengambil langkah2 berjaga2 seperti gang di suruh oleh pihak pejabat. Namun sekarang saya berkerja dari rumah.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Masalah demam atau badan panas yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Namun kita tidak menolak sebarang risiko jangkitan COVID19. Anda boleh klik pada link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut coronavirus di sini:
- Anda dikehendaki untuk menilai kategori risiko anak anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19).
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
- Kenali gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































