Anonymous

5 tahun

Bagaimana cara untuk mencegah atau menghilangkan HIV

Saya suspect hiv… Bagaimana cara saya untuk mencegah atau menghilangkan hiv…

Salam sejahtera.

HIV (“Human Immunodeficiency Virus”) merupakan virus yang menyerang sistem imun tubuh.

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah diri daripada jangkitan HIV adalah:

  • Ketahui status HIV pasangan anda. Lakukan ujian HIV sebelum anda berdua melakukan hubungan seks.
  • Lakukan hubungan seks yang selamat. Gunakan kondom dengan betul setiap kali anda melakukan hubungan seks.
  • Hadkan bilangan pasangan seks anda. Semakin banyak pasangan seks anda punyai, semakin tinggi risiko bagi jangkitan HIV atau penyakit kelamin.
  • Dapatkan ujian dan rawatan untuk penyakit kelamin. Penyakit kelamin boleh meningkatkan risiko anda dijangkiti HIV.
  • Pertimbangkan profilaksis pra-pendedahan (PrEP). PrEP adalah ubat pencegahan HIV bagi sesiapa yang tidak mempunyai HIV tetapi berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV.
  • Jangan menyuntik dadah. Jika anda melakukannya, gunakan alat suntikan yang steril dan jangan berkongsi peralatan anda dengan orang lain.

Masih belum terdapat rawatan yang boleh menghilangkan jangkitan HIV tetapi terdapat rawatan dengan ubat HIV (ART) yang boleh membantu mengurangkan jumlah HIV dalam badan (“viral load”).

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Terima kasih kerana menghubungi kami. HIV ialah singkatan bagi sejenis virus yang bernama Human Immunodeficiency Virus yang dianggapi sebagai salah satu jenis penyakit kelamin.

Pesakit HIV selalunya tidak mungkin sembuh daripada HIV kerana HIV berada dalam tubuh badan para pesakit sepanjang umur. Buat masa ini, kita tidak ada cara untuk menghilangkan virus ini. Walau bagaimanapun, kita mempunyai rawatan yang semakin hari semakin berkesan untuk mengawal tahap virus dalam badan pesakit.

Bagi mencegah HIV pula, individu yang berisiko digalakkan mengamalkan seks selamat dengan cara-cara berikut:

  1. A: Abstinence, iaitu mengelakkan seks berisiko tinggi.
  2. B: Be faithful, iaitu bersikap setia terhadap pasangan kita.
  3. C: Condoms, iaitu penggunaan condom dengan cara yang betul.
    Amalan seks selamat ini tentunya dapat mengurangkan risiko HIV dan risiko penyakit kelamin yang lain. Pengguna dadah pula disarankan mengelakkan perkongsian jarum. Sekian, harap membantu.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)