
Sulit
4 tahun
Bagaimana nak tau tempoh hamil
saya telah melakukan hubungan pada 21/8 dan itu merupakan satu satunya hubungan intim yang dilakukan… then bulan 9 saya tak period saya beli pregnancy test dan resultnya positif jadi berapa lamakah tempoh usia janin ni?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tarikh kehamilan dikira dari hari pertama haid terakhir anda. Usia kandungan dikira berdasarkan formula “Naegele’s rule”. Namun, kaedah ini cuma sesuai untuk mereka yang mempunyai kitaran haid teratur.
Cara lain untuk mengetahui usia kandungan ialah melalui:
- pemeriksaan klinikal
- imbasan ultrasound
Oleh hal yang demikian, anda hendaklah pergi ke klinik kesihatan ibu dan anak yang terdekat untuk membuat pemeriksaan dan sekali gus mendapatkan nasihat berkenaan dengan kandungan. Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor ibu dan anak. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.