
fadilishak59
5 tahun
Bagaimana nk buat ujian darah sifilis
Badan terasa gatal dn ada bintik hitam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Sekiranya anda telah melakukan hubungan seksual atau terdapat kontak dengan orang yang mempunyai penyakit sifilis, sebaiknya anda ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan darah dan mendapatkan ubat yang sesuai. Hal ini adalah kerana pada tahap awal sifilis biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih