
Sulit
4 tahun
Bahagian bawah pinggang rasa sakit dan tiba-tiba ada rasa sedikit sakit
Salam, saya lelaki dan saya seorang pesakit hipertensi berumur 29 tahun… Beberapa hari ini bahagian bawah pinggang saya rasa sakit dan tiba-tiba sebentar tadi saya ada rasa sedikit sakit di bahagian buah zakar hingga ke buah pinggang kiri tapi sekejap saja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sakit pinggang, seperti:
- Saraf terhimpit (nerve entrapment)
- Masalah tulang belakang
- Osteoarthritis
- Kecederaan tulang belakang atau pinggang
- Prolapsed intervertebral disc
- Masalah ginekologi bagi wanita
Terdapat pelbagai sebab mengapa anda mengalami kesakitan pada zakar, antaranya ialah :
- Batu karang dalam saluran kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Penyakit kelamin
Segera berjumpa doktor jika:
- Demam
- Susah atau kurang kencing
- Kencing berdarah
- Sakit abdomen
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Keadaan anda juga boleh disebabkan oleh punca yang tidak kami sebutkan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.