
Sulit
4 tahun
Bahagian intim terasa gatal dan pedih
Hai Doktor, saya berumur 20 tahun, sejak kebelakangan ini, bahagian intim saya terasa gatal2 dan bila saya garu, ianya menjadi pedih bila dibasuh dengan air, adakah ini sebab kulit saya sensitif apabila terkena sabun mandi atau sabun feminine? atau sebab lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Kami faham kebimbangan anda pada masa ini. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Penyakit kulit; dermatitis atau jangkitan pada kulit di kawasan intim
- Penjagaan kawasan intim wanita yang tidak berapa bersih
- Jangkitan kelamin (STD)
- Kandungan sabun yang tidak sesuai dengan kulit anda
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui puncanya dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Bagi mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa kaedah boleh diambil seperti:
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.