Sulit
5 tahun
Bahaya kah? Adakah normal situasi tersebut? Berapa hari perkiraannya?
Hi.saya berumur 36y. Pertama kali alami masalah ini.11.11 first day period. Tamat pada 18.11. Kemudian tiba2 masa nak solat zohor 23.11, discaj warna hitam pekat keluar tanpa ada rasa sakit di abdomen/ mana2 bahagian. Sekali itu sahaja. Lps tu tiada.
Kemudian 26.11 waktu zohor sekali lagi perkara sama berlaku. Juga sekali shaja…
seterusnya, 1 dec saya alami 1st day period dan tamat pada 10.12. Tiba2 12.12 pada waktu nak solat zohor - ada discaj pink cerah…
Apa maksud nya doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami pada masa ini. Untuk makluman anda, gejala yang anda sedang alami dikenali sebagai spotting di mana seseorang wanita mengalami pendarahan di antara dua waktu haid. Perkara ini boleh menjadi normal ataupun tidak normal. Terdapat beberapa faktor mengapa seseorang wanita boleh mengalami spotting:
- Kehamilan
- Ketidakseimbangan hormon
- Tekanan emosi atau aktiviti harian yang terlalu padat dan aktif
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Ubat-ubatan
- Masalah sistem pembekuan darah
- Kanser rahim atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am dan anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan dapat diberikan.
Anda masih risau tentangmasalah spotting? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































