fzxmarch9
5 tahun
Bantuan tentang melancong ke hong kong dan jepun(covid-19)
saya akan ke jepun pada 5 march ini dan akan transit di hong kong airport selama 12 jam.apakah yang perlu saya lakukan untuk hindar dari penyakit ini dan adakah ia mudah untuk dijangkiti?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jepun memiliki jumlah pesakit tertinggi selepas china. Maka, anda perlu berhati-hati ketika berkunjung ke negara tersebut kerana buat masa ini, rakyat negara jepun tidak di galakkan untuk berkunjung ke tempat awam bagi mengelakkan jangkitan tersebut. Bagi mengatasi masalah tersebut, anda disarankan:
- kerap mencuci tangan dengan air suam dan sabun sekurang-kurangnya dalam tempoh 20 saat
- jangan pegang muka anda kawasan hidung atau mulut jika anda tidak mencuci tangan lagi
- menjauhi diri daripada orang yang mengalami gejala batuk, selesema, demam.
- jika anda batuk, gunakan topeng muka sebagai etika
Bagi menjawab persoalan anda jika penyakit ini mudah dijangkiti atau sebaliknya, ini bergantung kepada langkah pencegahan yang anda amalkan dan negara yang anda kunjungi. Jika anda tidak mengamalkan langkah diatas, anda berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit tersebut lebih-lebih lagi Jepun mempunyai kadar jangkitan yang tinggi.
Jika anda pulang ke Malaysia dan mempunyai salah satu gejala COVID-19, silakan untuk merujuk doktor dengan klik (Tanya Doktor Pakar KKM) yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal).
Yang dibawah adalah gejala COVID-19:
- demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
- batuk
- sesak nafas
Justeru, memandangkan jika anda pulang dari negara yang mempunyai kes tinggi serta mempunyai gejala diatas, maka anda digalakkan untuk merujuk doktor kerana khuatir terdapat jangkitan Coronavirus
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































