
Sulit
3 tahun
Batang zakar mengecut bolehkah saya mendapatkn ubat dari hospital atau mana-mana klinik
saya lelaki 21 tahun…batang zakar selalu mengecut…bolehkah saya meendapatkan ubat di hospital atau di mana-mana klinik supaya masalah saya selesai?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang zakar anda yang mengecut. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas
Sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.