Sulit
4 tahun
Batolin cyst..adakah ianya berbahaya..n adakah ini tanda biasa..n tidak berbahaya
Saya mendapati saya mempunyai batolin cyst melalui doktor di hospital kerajaan selepas di cek…doktor membuat temujanji pakar kod saya…tapi temujanji itu pada 30/9/2021…saya bertemu dgn doktor pada akhir bln Julai…skrg ni baru 23/8/2021…tapi saya selalu mgalami demam…tiap2 malam perut akan kembung…kedua2 peha saya sakit…dan tidak mampu UTK duduk dan bdiri dgn lama…jari kaki saya sentiasa kebas…kdg2 tumit sakit n sengal…bila saya badan saya bgerak UTK bgun…perut dekat dgn ari2 kram dan sakit SGT2…besarkan apa yg doktor ckp…batolin cyst saya sebesar 3cm×2cm…adakah normal UTK org yg mempunyai batolin cyst…mempunyai ciri-ciri sakit seperti ini…dan adakah penyakit ini berbahaya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, Bartholin cyst adalah sesuatu sista terjadi pada kemaluan, kandungannya biasanya hanya cecair, tidak berbahaya. Kejadian Bartholin cyst disebab oleh penyumbatan pembukaan kelenjar cecair pada kemaluan. Biasanya ia tidak bergejala dan boleh bergejala seperti demam, sakit, sukar duduk dan berjalan serta keputihan sekiranya dijangkiti.
Selain itu, gejala peha sakit, kebas dan tumit sakit anda boleh disebab oleh beberapa perkara lain seperti kecederaan pada otot, kencing manis, kekurangan vitamin B12, gangguan saraf, gangguan saluran darah dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Perubatan.
































