
Sulit
4 tahun
Batu karang dan ubat
Saya telah berjumpa dr. Kemuadian sayabtelah diberi ubat ciprofloxacin. Ternyata saya bukan mengalami masalah kencing kkykr tetapi batu karang. Jadi, perlukah saya menghentikan pengambilan ciprofloxacin atau bagaimana ye.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, penyakit batu karang boleh boleh menyebabkan seseorang individu mengalami jagkitan saluran air kencing. Manakala rawatan untuk masalah jangkitan saluran air kencing ini adalah ubat antibiotik.
Menurut pendapat saya, anda diberikan ubat antibition kerana doktor tersebut mengesan terdapat jangkitan pada saluran air kencing anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghabiskan ubat tersebut seperti yang telah ditetapkan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.