
sengat2598
2 tahun
Batuk berdarah (contoh)
Hi, saya berat 54kg tinggi 184cm. Saya rasa kurang yakin bila bercakap dengan orang sebab badan terlalu kurus. Makan semua makan macam biasa walhal ada terlebih makan. Bmi saya dalam 16.3. Ada tak ubat or vitamin yang sesuai untuk saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- metabolisma badan yang tinggi
- kelenjar thyroid yang terlalu aktif (hyperthyroidism)
- masalah paru-paru seperti COPD dan paru-paru berparut
- penyakit keturunan seperti Marfan’s
- penyakit jangkitan kuman
- penyakit tibi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.