
Sulit
4 tahun
Batuk berdarah / Gastrik
Gastrik, sakit bahagian bawah rusuk kiri. Betul kah kalau gastrik batuk ada darah sedikit?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Perut memulas dan tidak selesa? Dapatkan bantuan sementara di sini.
Umumnya batuk berdarah boleh disebab oleh beberapa masalah yang boleh dikatakan serius, anataranya:
- jangkitan paru-paru (tuberkulosis)
- gangguan saluran pencernaan (i.e. GERD, gastritis, dll)
- trauma saluran pernafasan
- jangkitan saluran pernafasan (faringitis, orofaringitis, laringitis, dll.)
Kami menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor secepatnya, sekiranya:
- gejala berterusan atau bertambah
- terdapat gejala tambahan (sakit kepala, mual, sesak nafas, dll.)
- gejala saat ini mengganggu rutin harian anda
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.