
Sulit
4 tahun
Batuk berdarah
Kwan sy dia berumur 22 thn dn di merupakn seorng lelaki…dia selalu mengadu pada sy bahawa Di sering muntah darah, batuk berdarah, pening dn sakit pinggang… perkara ni sudh lama berlaku. Adakah ini gejala seruis doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa penyebab batuk berdarah. Antaranya:
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
- Radang pada tekak menyebabkan lapisan tekak mudah terluka
- Jangkitan pada paru-paru
- Masalah darah cair
- Jangkitan tuberculosis
Gejala muntah darah anda boleh disebabkan:
- Kecederaan organ dalaman seperti esofagus
- Ulser perut
- Saluran darah pecah
- Kesan ubat cair darah - sekiranya diberi
- Kanser perut
Untuk mengetahui punca batuk berdarah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Terima kasih.