
Sulit
4 tahun
Batuk berkahak dan ketat dada
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sy perempuan 30-an. Nk tnya 3 hari lps sy start sakit tekak. Perit sgt rasanya. Dalam masa yg sama rasa ada kahak kt tekak sdgkn sy x selsema. Kahak mula2 ada nmpk mcm coklat ckt…dan skrg ke arah wrna putih pekat. Demam rasa mcm xde tapi rasa jgk pns sejuk.Ble jd mcm ni sy rasa batuk mcm x lepas atau x puas. Rasa macam ketat dalam dada. Masalah ni akan rasa kuat ble nk tidur. Utk mkluman dktor sy tiada sjrh pnykit asma. Tapi gastrik n gerd ada. Boleh tahu ape punca mslh sy. Risau lagi2 masa pandemik covid 19 ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berkahak yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- COPD masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus atau bakteria
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kamisecara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih