
Sulit
4 tahun
Batuk berkahak di pagi hari/masa tertentu
assalamualaikum doktor,sy lelaki umur 34,sy mengalami batuk berlanjutan,lbh dr 3bln…tp batuk sy kadang2 je dtg,bkn brpnjgan…kbykan di waktu pg…dh mcm ubat sy ambk,antibiotik mkn/cucuk…tp allah mnguji sy,tidak meberi kesan kepada sy…skrg nie sy mngamalkan madu campur lemon,itu brtahan…kahak sy wrna jernih…pada pndapat doktor apa perlu sy buat atau ada tak nama antibiotik yg sesuai untuk sy?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu batuk berkahak yang berlanjutan selama 3 bulan. Untuk makluman anda, batuk berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- dehidrasi
- cuaca panas
- radang pharynx
- radang tonsil
- jangkitan virus “common cold”
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Memandangkan gejala batuk yang anda alami sudah lama, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau tentang masalah batuk anda? Pakar paru-paru sedia membantu!