
Sulit
3 tahun
Batuk Berkahak lebih kurang selama sebulan
Saya wanita berusia 36 tahun mengalami batuk berkahak lebih kurang sebulan. Batuk sudah makin berkurang (masih ada) tapi kahak masih banyak. Kadang-kadang saya mengalami sakit kepala dari belakang kepala kemudian menjalar ke kanan bahagian kepala. Makin merasai sakit kepala semasa sujud ketika solat. Sakit kepala hanya kadang-kadang. kemudian ada merasai sakit sendi pada bahagian bawah punggung terasa berat. Itu pun kadang-kadang tetapi kerap dalam sebulan ini. Saya harap doktor dapat memberi penjelasan. Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria atau virus
Penyakit Asma
Pneumonia
COPD
Masalah sakit kepala yang anda alami berkemungkinan kerana tekanan dalam kepala. Manakal untuk masalah sakit sendi, sukar untuk saya memberik kesimpulan kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan diperlukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.