
Sulit
4 tahun
Batuk berkahak simptom covid-19?
saya perempuan berumur 32 tahun. sudah beberapa hari saya batuk berkahak, kena keluarkan kahak baru lega. lepas tu kadang2 batuk balik. pesakit covid-19 ada yang mempunyai simptom ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terutama semasa musim pandemik COVID-19 ini. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah batuk berkahak tersebut, seperti:
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang faring dan laring (pharyngitis dan laryngitis)
- Jangkitan saluran pernafasan (tuberkulosis, pneumonia)
- Bronkiektasis
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Berikut merupakan sedikit penerangan mengenai COVID-19:
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sekiranya anda mengalami gejala di atas, anda haruslah segera berjumpa dengan doktor atau mendapatkan ujian saringan di hospital/klinik berdekatan untuk kepastian. Anda juga boleh gklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Anda disarankan juga untuk terus memantau kesihatan anda dan mengambil langkah berjaga-jaga yang disarankan. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini