
Sulit
4 tahun
Batuk berkahak terasa sakit
Hello doktor. Saya wanita berumur 39 tahun dan telah mengalami deman pada 25 Sept lalu telah sembuh selepas berjumpa doktor ei klinik swasta. Masalahnya hingga Hari ini saya Masih merasa lemah dan tidak bermaya dan turut batuk berkahak bila saya batuk untuk mengeluarkan kahak saya terasa Susa untuk menarik nafas dan sakit. Saya merasa phobia tentang covid 19 sekarang ini.
Harap doktor dapat membantu saya. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, apabila terjadi batuk berkahak yang berterusan, terdapat beberapa kondisi yang mungkin dialami oleh anda seperti:
- Asma
- Jangkitan saluran pernafasan atas
- Bronkiektasis
- Tuberkulosis (Tibi)
- Bronkitis
- Kanser paru-paru
Namun, memandangkan sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus saya beranggaapan anda bimbang mengenai jangkitan virus ini.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Namun berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasai gejala anda. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahu punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.