
Sulit
5 tahun
Batuk berkahak, tetapi rasa seperti darah
saya perempuan berusia 22 tahun, saya dapat batuk ini selepas saya demam, kemudian saya makan ubat batuk. malangnya kahak susah untuk dikurangkan. selepas itu, batuk saya makin pulih. tapi, saya mula sedar bila waktu sejuk, saya mula batuk berkahak dan rasa seperti darah/sesuatu yang tidak selesa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
Kurang minum air
Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
Pengambilan ubat tertentu
Terdedah kepada habuk atau allergen
Jangkitan kuman
Radang tekak
Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
Berikut merupakan antara cara untuk menghilangkan kahak.
Melembapkan udara di sekitar dengan “humidifier” atau pelembap udara
Kekalkan tahap hidrasi Minum air secukupnya, terutamanya air suam
Ambil bahan yang membantu memulihkan sistem pernafasan seperti limau, halia, dan bawang putih
Berkumur dengan air garam
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya dengan mengetahui punca sebebnar masalah anda, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.