
Sulit
3 tahun
Batuk berpanjangan selepas terkena covid
Saya remaja berusia 17thn. Pada bln ogos lalu saya dan keluarga disahkan positive covid. Namun sekarang mereka semua sudah sihat, dan hanya saya seorang sahaja yang masih mengalami batuk berterusan yang berkahak dan menyakitkan kerongkong saya.
Adakah ini simptom virus covid masih Di dalam badan saya? Apakah Yang perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mengalami gejala batuk secara berpanjangan selepas dijangkiti Covid-19 pada bulan Ogos. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Sindrom Long Covid
- Jangkitan lain pada saluran pernafasan
- Merokok
- Radang paru-paru
- Asthma
- GERD
Jawapan ini adalah secara umum dan kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengenal pasti punca sebenar gejala batuk anda serta mendapakan rawatan yang tepat. Anda boleh mendapatkan pandangan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.