
sitiaishah256
2 tahun
Batuk berterusan (lebih 4 bln)
Saya wanita berumur 35 tahun. Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Sy sekarang mengalami masalah batuk yang berterusan sejak 4 bulan lalu. Saya telah membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Kerajaan dengan mengambil sampel kahak selama 3 hari berturut-turut, sampel darah, dan chest x-ray.Tapi disahkan Negatif Tibi. Kemudian saya hanya diberikan ubat antibiotik untuk seminggu. Tapi masih lagi tiada tanda2 sembuh. Boleh saya tahu apa kemungkinan penyakit lain selain TB yang menyebabkan saya masih batuk berterusan. Untuk pengetahuan Dr. saya juga mempunyai penyakit Darah Tinggi & Iga Nephropathy dan dalam rawatan pakar nephrologist,KPJ.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kesan sampingan ubat-ubatan seperti penghalang ACE iaitu salah satu ubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Kami memerlukan maklumat tentang ubat yang anda ambil.
- Penyakit kronik radang bronchi Chronic Bronchitis
- masalah paru-paru (Interstitial lung disease)
- jangkitan Tibi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.