
Sulit
4 tahun
Batuk berterusan untuk satu tempoh lalu baik dan kemudian batuk lagi untuk satu tempoh dan baik
Saya wanita berumur 25 tahun. Saya mengalami batuk begini selama 2 tahun dan setiap kali batuk akan menyebabkan sakit di dada hingga ke belakang badan. Dan sekarang saya juga sedang batuk sudah hampir seminggu dan perkara terbaru yang saya rasakan ialah sakit di bahagian belakang kepala ketika batuk dalam keadaan baring atau tunduk, dan batuk saya pada mulanya terdengar batuk kering namun selepas memakan ubat batuk berkahak. Apakah penyakit saya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan adalah terhad dan tidak mencukupi untuk pihak kami membuat kesimpulan.
Untuk makluman pihak anda, masalah batuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Penyakit Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Buat masa sekarang, digalakkan untuk anda minum air kosong secukupnya dan dapatkan rehat yang mencukupi.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.