Sulit
3 tahun
Batuk dan fever sudah 2 hari, fever pulang balik
Demam berulang kali sudah 2 hari. ada sikit batuk
3 tahun
Salam sejahtera
Masalah demam dan batuk boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria/virus
- Jangkitan paru-paru
- Asma
- Tibi
Oleh kerana wabak COVID-19 kian menular, anda perlu untuk mengambil pertimbangan berkenaan dengan jangkitan ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Buat masa sekarang, anda boleh memantau simptom anda dan amalkan langkah pencegahan yang telah disarankan semasa tempoh sekatan pergerakan ini.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.