
Sulit
4 tahun
Batuk dan keluar ketulan darah pada faraj
Saya wanita, 30an, obes dan pernah berkahwin. Haid saya juga tidak normal. Baru-baru ini apabila saya batuk dengan kuat ketulan darah akan keluar melalui faraj walaupun saya tidak datang haid. Keadaan berulang 4-5 kali. Apakah punca dan apa yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keluar ketulan dari faraj ketika batuk dengan kuat.
Untuk makluman anda, masalah keluar ketulan darah dari faraj ini memerlukan pertanyaan lebih soalan-soalan dari kami sekiranya hendak membuat diagnosis secara konklusif. Gejala ini boleh disebabkan oleh pelbagai punca namun bagi benar-benar mencari puncanya, maklumat tambahan dan pemeriksaan diperlukan. Antara punca bagi masalah ini adalah:
- Endometriosis - Ketumbuhan sel lapisan rahim di organ lain
- Fibroid dalam rahim
- Kanser serviks/rahim
- Jangkitan dalam rahim
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang ketulan darah yang keluar? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!