
Sulit
3 tahun
Batuk dan pening kepala selepas onani
Saya lelaki berumur 20 tahun , saya nak bertanya dengan doktor masalah yang mengalami saya sebulan yang lalu ,saya selalunya beronani seminggu sekali terutama hari jumaat atau dua minggu sekali ,tetapi selepas saya beronani ,hari keesokannya saya akan batuk dan pening kepala dan saya merasakan perut saya kempung tapi setelah saya mengambil ubat batuk dan panadol ,batuk ,pening kepala dan kembung perut tersebut pun hilang ,boleh tak doktor beritahu apa masalah yang menimpa saya ini,terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah batuk dan pening kepala dan ingin mengetahui penyebabnya. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, aktiviti onani tidak mempengaruhi munculnya gejala batuk dan pening kepala. Akan tetapi, bagi sesetengah orang, onani boleh menyebabkan sakit kepala (gejala yang berbeza dengan pening kepala) akibat keghairahan seksual yang boleh mempengaruhi struktur saluran darah di kepala.
Bagaimanapun, gejala seperti yang anda perihalkan lazimnya boleh berlaku atas beberapa penjelasan, seperti:
- Alahan pada saluran pernafasan
- Inflamasi & iritasi tekak
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Radang paru-paru
- Bronkiektasis
- Serangan jantung
Justeru, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut tentang masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor