
Sulit
4 tahun
Batuk dan sakit kepala,badan rasa lesu dan menyeri
Hi doktor,saya seorang wanita awal 30.saya baru lepas demam dan sekarang masih batuk dan masih sakit kepala.demam sudah lega ,cuma masih batuk lagi.dan pada awal pagi badan saya rasa nyeri dan nyilu,dan ia amat menyakitkan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu batuk. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi untuk anda bagi menjelaskan gejala yang anda alami:
- Ketika batuk, otot pada belakang mahupun bahagian atas perut (diafragma) akan digunakan dan ini boleh menyebabkan kekejangan otot tersebut sekiranya batuk tersebut berlarutan.
- Ketegangan pada sendi otot belakang badan
- Cakera hernia pada tulang belakang ( Herniated disc )
- Jangkitan kuman pada paru-paru ( Pneumonia )
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami simptom-simptom lain seperti kekebasan, kelumpuhan, sakit kepala, sesak nafas dan juga demam panas.
Selain itu, memandangkan sekarang adalah waktu kemuncak wabak COVID-19 di negara kita, anda dinasihatkan untuk terus memantau gejala yang anda alami. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.