
Sulit
5 tahun
Batuk Dan selesema (sejarah perjalanan ke korea dari 7/2/2020 sehingga 14/2/2020)
Saya wanita berumur 31 tahun. Pergi ke korea dari 7/2/2020 - 14/2/2020. 2-3 hari selepas balik, saya dijangkiti batuk dan selesema yang dijangkiti daripada anak saudara yang tidak sihat. Saya telah pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan konsultansi dan ubat. Ubat yang diterima ialah ubat batuk, selesema , kahak dan antibiotik. Sehingga kini, hanya batuk yang tidak kerap sahaja yang masih ada. Perlukah saya pergi ke klinik / hospital untuk menjalani pemeriksaan covid -19? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus
jangkitan kuman
jangkitan paru-paru
Walaubagaimanapun, memandangkan anda telah berkunjung ke luar negara, kami tidak menolak risiko jangkitan COVID19. Anda disarankan untuk klik pada link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut coronavirus di sini:
Anda dikehendaki untuk menilai kategori risiko anak anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19).
Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Kenali gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.