
Sulit
4 tahun
Batuk dan wheezing, kahak susah nak keluar
Saya berusia 20an, sy mula menghidapi asthma pada tahun 2018, namun pada tahun 2019, asthma saya makin teruk. Saya ingin bertanya adakah normal sy batuk + wheezing dengan kerap? Kadang2 saya terasa ada kahak di dada. Sejak saya ada asthma, batuk sy susah nak baik. Setiap kali wheezing, sy mesti batuk. saya menggunakan symbicort dan ventolin.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah asma merupakan masalah kronik yang boleh mengganggu kehidupan pesakit. Apabila anda terdedah kepada bahan atau perkara yang mencetuskan asma, anda boleh mendapatkan diri anda kesukaran untuk bernafas, batuk dan juga terasa seperti ada kahak di salurang pernafasan. Selain daripada asma, batuk juga boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.