
Sulit
5 tahun
Batuk, Demam (Sakit Urat2 Badan)
Saya berumur 35 tahun. Sehari selepas demam tu saya tidur dalam aircond, badan sejuk, tapi berpeluh berulang kali. Apakah masalah tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sebetulnya keluhan anda bahawa panas adalah subjektif kerana suhu tubuh harus diukur menggunakan termometer. Suhu tubuh melebih 37.5 boleh dikatakan demam. Demam disertia sakit kepada boleh jadi adalah petanda beberapa keadaan yaitu:
- Demam denggi
- Jangkitan TB
- Demam Chikungunya
- Kencing tikus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.