
Sulit
4 tahun
Batuk kering pada malam
Hi Dr, Saya wanita umur 26 menghadapi gastrik semenjak 2 3 Hari ni…malam tadi mula batuk kering. boleh Tak Dr, kalau Saya nk minum ubat batuk. De effect tuk gastrik x. Sbb takot de side effect. Mkan ubat gastrik n batuk

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit gastrik yang tidak dapat dikawal dengan ubat gastrik boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ulser perut- Stress ulser merupakan masalah yang lazim dalam golongan yang bekerja keras
- Refluks asid- anda mempunyai simptom jantung berdegup laju dan sakit dada.
- Radang pankreas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.