Sulit
3 tahun
Batuk kering setelah pulang ke asrama
Saya seorg pelajar asrama sepanjang cuti saya tidak ada keluar rumah , tapi ketika saya balik ke asrama saya merasa kn batuk² tpi ia tidak terlalu serius sngt cuba batuk biasa , saya agak risau adakah ia sekadar batuk biasa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Alahan terhadap debu
- Serangan asma
- Jangkitan paru-paru
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Jangkitan saluran pernafasan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Demam
- Kesukaran bernafas
- Sakit dada
- Batuk berkahak
- Sakit tekak
- Lemah dan lesu badan
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian dan tidur
Masih mengalami masalah batuk? Pakar paru-paru sedia membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.