
Sulit
2 tahun
Batuk ketika baring dan sakit dada
saya wanita berumur 23tahun. sayaa mengalami batuk2 yg sangat lama dlm sebulan lebih. saya sudah ke klinik dua kali dan doktor bagi ubat batuk dan antibiotik sahaja memandangkan saya tidak mengalami demam. apabila malam, saya sukar utk tidur disebabkan batuk sy sehingga sakit dada dan juga rasa sakit sikit pda bahgian ulu hati. kadang2 ja batuk saya dtg. bila makan makanan pedas/asam akan batuk tp sekejap2. saya kuat minum air suam dan air mineral tetapi batuk sy belum berkurangan. adakah batuk saya ini normal atau lain ? saya sangat risau.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Ketegangan otot dada - akibat senaman, postur tidak baik ataupun pakaian ketat
- Perubahan hormon
- Penyakit saluran darah - seperti saluran darah aorta (aortic dissection) atau (aortic aneurysm)
- Radang tulang rusuk akibat kecederaan atau jangkitan kuman
- Penyakit asid refluks
- Radang paru-paru
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.