
emalin193
2 tahun
Batuk Lebih dari 3 bulan
Saya wanita berusia 23 tahun. Saya mengalami batuk yang berterusan sekiranya berada ditempat yang sejuk, ber’aircond’ dan juga selepas mandi ketika waktu pagi dan juga petang atau ketika panas. Jika saya mula batuk ianya akan berterusan kerana saya rasa seperti gatal di bahagian tekak yang akan membuatkan saya batuk. Sudah buat check up di klinik tapi masih dengan jawapan sama, batuk biasa. Kadang kadang apabila ingin membuang kahak pasti ada darah sedikit selalunya pada waktu pagi.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai sebab yang boleh menyebabkan simptom batuk berpanjangan bersama dengan batuk berdarah. Antaranya ialah;
- tindak balas allergi terhadap perubahan suhu dan keadaan sekeliling
- jangkitan kuman atau virus
- jangkitan saluran pernafasan atas
- jangkitan tibi
- masalah dengan paru-paru (contohnya brochiectasis/ pulmanory oedema)
- kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi enalapril
Kebiasaannya, batuk berpanjangan melebihi sebulan ini harus dirujuk kepada pihak pakar perubatan sekali untuk pendapat kedua lagi supaya anda mendapat rawatan yang betul dan mengelakkan sebarang komplikasi serius yang tidak diingini
.Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih