Sulit
3 tahun
Batuk lebih dari sebulan
Saya telah mengalami batuk yg berpanjangan melebihi sebulan. Macam bunyi batuk kering, tapi berkahak. Dah cuba makan pelbagai jenis Ubat batuk dan kahak, tapi still x baik lagi. Sometimes bila batuk, akan rasa sakit/electric dekat dada bahagian kanan. Boleh tau adakah ini normal?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Batuk berterusan & sesak dada ? Dapatkan bantuan sementara di sini.
Umumnya batuk yang kronik boleh disebab oleh beberapa masalah yang boleh dikatakan serius, antaranya:
- jangkitan paru-paru (tuberkulosis)
- gangguan saluran pencernaan (i.e. GERD, gastritis, dll)
- jangkitan saluran pernafasan (faringitis, orofaringitis, laringitis, dll.)
- jangkitan kuman (i.e. pertussis)
- alahan terhadap makanan atau persekitaran
Kami menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor secepatnya, sekiranya:
- gejala berterusan atau bertambah
- terdapat gejala tambahan (sakit kepala, mual, sesak nafas, dll.)
- gejala saat ini mengganggu rutin harian anda
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.