
ronelaangelina9
2 tahun
Batuk macam nak berdarah
Saya wanita 19 tahun mengalami batuk kering.bila saya batuk seakan akan mcm berdarah dekat bahagian dalam.sudah hmpir Seminggu sya mengalami masalah ini.oleh itu, sya nak tnya batuk sya tu tiada masalah kan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat perlbagai punca bagi masalah anda. Antaranya :
- Radang tekak
- Asap atau debu
- Asma
- Reaksi alergi
Sealin itu, ada keadaan yang lebih serius yang dapat menimbulkan batuk kering dan keluar cecair darah seperti :
- Tibi
Saya menyarankan anda untuk segera ke hospital atau klinik untuk pemeriksaan lanjut. Ini kerana batuk anda sudah berlarutan sehinnga seminggu.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.