Sulit
2 tahun
Batuk,muntah,sakit perut
Saya wanita umur 16 tahun saya mengalami masalah setiap kali masuk di dapur atau bekerja bahagian dapur contoh kerja catering
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, terdapat beberapa penjelasan atau penyakit yang boleh dikaitkan dengan masalah anda iaitu :
- Jangkitan kuman pada paru-paru
- Asma
- Penyakit refluks esofagus
- Cecair hidung yang jatuh ke tekak ( Postnasal drip )
- Keradangan bronkus akibat alahan atau jangkitan kuman
- Jangkitan virus
- Alahan pada makanan yang menyebabkan iritasi pada tekak atau perut dan salur esofagus sehingga menyebabkan perasaan mual dan muntah
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih mengalami masalah batuk? Pakar paru-paru sedia membantu!