Sulit
5 tahun
Batuk perpanjangan Lebih kurang 2 minggu
Saya perempuan berumur 26 tahun. Saya mengalami batuk tapi tk teruk pn , seperti ada sedikit kahak.Dah 2 minggu. Lain lain gejala tiada. Sy ada ambil ubat batuk n antibiotik. Setahu sy, Sy tk ada close contact dgn pesakit positif covid n travel. Sy nk tnya dr, batuk ni memang lambat ke nk pulih?Sekiranya batuk saya perpanjngn, perlu ke saya buat saringan covid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat Sejahtera
Terima kasih di atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda berkait rapat dengan wabak COVID-19.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Berdasarkan simptom anda iaitu batuk, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom-simptom yang yang anda alami, boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Gejala batuk akan mengambil masa yang lama untuk betul-betul sembuh sekiranya kuman yang menyebabkan simptom ini masih belum hilang dengan sepenuhnya. Anda perlu risau sekiranya batuk anda bertambah teruk atau kemunculan simptom lain seperti sesak nafas.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































