
Sulit
5 tahun
Batuk sebatuk dan berlahak ..telah menjalani ikuan sarimgan covid19
batuk bermula 13/3 dan pada 16/3 telah melakukan saringan covid 19 kerana ade pergi ke masjid sri petaling 29/2 …dan pada 18/2 keputusan saya keluar iaitu negatif… saya tetap melakukan kuarintin diri 14 hari…dan pada hari ke sembilan iaitu 24/3 saya lagi sekali melakukan saringan kedua …dan meneruskan kuarintin diri pada 31/3 keputusa saya keluar dan negatif…tpi saya tetap melalukan kuarintin selama 28 hari…tpi saya masih mengalami hidung tersumbat tetapi tiada cairan yg keluar…sebalik nya kahak yg melekat pada tekak…adakah saya perlu melakukan saringan lagi sekali tarikh akhir saya terdedah pada konteks rapat yg positif adalah 13/3 dia melalukan saringan dahulu…

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah batuk dan gatal tekak boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini