
Sulit
4 tahun
Batuk sepanjang masa
Wanita berumur 35 tahun mempunyai kanser hidung kali kedua stage 4.
Kali pertama tahun 2018, menjalani kimo dan radioterapi.
Kali kedua datang semula selepas 7bulan cancer free.
Kemudian treatment hosp habis,tapi kanser masih ada. Sekarang ini, kerap batuk almost sepanjang masa. Ubat batuk atau pain killer tak berkesan.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami tentang perjalanan hidup anda menjalani rawatan kanser dengan lama.
Berdasarkan apa yang anda katakan, anda menghadapi kanser hidung kali kedua selepas 7 bulan pulih dari kanser. Anda juga mengatakan anda masih mempunyai penyakit kanser itu walaupun rawatan anda sudah habis. Pada waktu yang sama, anda kerap batuk. Hal ini pasti merunsingkan anda dan kami di sini akan memberikan sepenuh sokongan kepada anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
- Kanser merebak ke paru paru
Sekiranya anda megalami sesak nafas, batuk berdarah, demam atau muntah-muntah, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan dengan segera bagi menerima rawatan yang sesuai. Oleh sebab anda mempunyai kanser, sistem imun badan anda adalah lemah dan anda berisiko menghadapi pelbagai penyakit dan susah untuk sembuh dari penyakit. Anda diminta untuk terus berjumpa dengan doktor berdekatan bagi membincangkan kondisi anda.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami dalam talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.