
Sulit
5 tahun
Batuk, sesak nafas & sakit tekak
Saya sesak nafas, sakit tekak dan batuk apabila waktu malam saja. Bila waktu siang takde simptom tu langsung.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan. Untuk maklumat anda, gejala batuk, sesak nafas dan sakit tekak boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
Punca batuk:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Sesak nafas
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.