
Sulit
3 tahun
Batuk setiap malam berlanjutan
Saya berumur 16 thun, saya sering batuk, setiap malam je saya akan batuk, sejak bulan april sehingga sekarang, ayah saya sering kata sebabnya adalah saya tidur lewat dan sering main phone…paling lewat saya tidur pukul 4 walau bagaimanapun tidur saya cukup 5-6jam… Dan ayah saya juga seorang perokok, hari hari saya bau asap rokok, saya duduk dalam bilik, ayah saya merokok bau sehingga dalam bilik saya, tapi apabila saya kata bau asap rokok adalah sebabnya, dia akan tengking saya semula… Dan saya tidak merokok…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan keterangan diatas, anda mengalami masalah batuk terutamanya pada waktu malam serta kemungkinan tabiat merokok ayah anda yang menjadi puncanya. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala batuk biasanya boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Alahan pada saluran pernafasan
- Inflamasi & iritasi tekak
- Jangkitan virus/bakteria
- Serangan asma
Menjadi perokok pasif iaitu mereka yang terhidu asap rokok di sekitar mereka juga boleh menjadi punca batuk.
Perokok pasif juga berisiko terhadap pelbagai masalah kesihatan lain terutamanya yang melibatkan saluran pernafasan.
Untuk mengelakkan anda daripada terus menjadi perokok pasif, elakkan daripada berada di sekitar ayah anda sekiranya dia sedang merokok. Tutup pintu bilik sewaktu ayah anda sedang merokok agar asapnya tidak masuk ke bilik anda.
Mengenai batuk berpanjangan yang anda alami, anda dinasihatkan untuk menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut. Batuk yang berpanjangan juga boleh menandakan masalah lebih serius dan memerlukan rawatan segera seperti penumonia dan asma.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!