
Sulit
4 tahun
Batuk sudah melebihi 3minggu
Saya batuk sudah hampir 4minggu. Batuk tidak berkahak walaupon kedengaran ada kahak. Saya telah bertemu doktor swasta dan kerajaan dan mendapat jawapan sama iaitu kemungkinan badan terlalu penat dan perubahan cuaca. Batuk akan lebih teruk bila malam sehingga terkadang muntah beberapa kali dan penat melampau. Saya juga terlah mengambil beberapa ubat sama ada dari doktor atau dari farmasi tapi masih tiada perubahan. Saya sedang bekerja di kawasan industri dan memiliki 3 orang jururawat sebagai housemate. Saya juga berulang alik di beberapa kawasan selangor atas urusan kerja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Tuberkulosis
- Jangkitan paru-paru
- Alahan
- Refluks asid atau GERD
- Serangan asma
Masih mengalami masalah batuk berpanjangan? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana anda mengalami gejala buat masa yang lama. Sejarah kesihatan anda perlu diketahui dengan lebih lanjut supaya punca sebenar masalah anda dapat diketahui.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.