
Sulit
4 tahun
Batuk tak teruk tapi berpanjangan
Saya lelaki dalam usia 22 mengalami batuk tak serius tapi berpanjangan…saya mengalami bulan 4 rasanya dan sampai sekarang belum pergi lagi batuk…walaupun dalam tempoh tu batuk bukan selalu tapi datang dalam keadaan tak menentu …tidak ada gejala lain selain keluar kahak sahaja yang jernih …mak saya cakap punca minum air batu …ya la sebab bulan puasa banyak minum air batu tapi lepas itu stop dan banyak minum air kosong dan ubat hirux yang dapat melegakan tekak dalam tempoh yang sekejap sahaja…boleh tak doc bagi saranan cara untuk mencegah batuk yang berpanjan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
- Chronic bronchitis (jika anda perokok tegar)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.